SELAMAT DATANG & WARM WELCOME...Sokong Blog PEPISAU3 dengan mendaftar sebagai 'Sahabat Kita.. Kpd yang telah mendaftar ribuan terima kasih atas sokongan anda : Dari Liew Chen Keong (Pengerusi) & AJK TPS3

10 February 2011

Cadangan tanaman pokok pagar sempadan taman

pic by http://topiarydesign.com/index.html

Apa cadangan dan pendapat anda ? 

Sumber kewangan, tenaga kerja dan masa untuk gotong royong...????




07 February 2011

Selamat Tahun baru Cina 2011


Wishing all Chinese Residence and Family members a 
Happy Chinese New Year 2011

01 February 2011

PERINGATAN BAYARAN PENGAWAL KESELAMATAN

SILA BUAT PEMBAYARAN MELALUI AM BANK

AM Bank AC No. 1862 0220 02131

SMS ke Bendahari : Redzuan bin Ab. Jalil No. H/P : 019-667 0288

Setelah pembayaran dibuat, sila sms Nama, No. Rumah, Jumlah, Tarikh/Masa
seperti di penyata urusniaga

Bendahari akan merekod & mengeluarkan resit rasmi penerimaan dan resit akan dihantar ke peti surat kediaman tuan/puan.

26 January 2011

Kenali Ahli Majlis Anda : Zon 8

EN. ZULFIKAR ALI BIN ARIFFIN

Block C-3-3, Apartment Pesona,
Taman Kajang Utama
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 013-9846606
Pej : 03 8739 3114
Faks : 03 8739 3114
Email : zulfikarali@mpkj.gov.my


Ahli Jawatankuasa :

1. Jawatankuasa Kecil Infrastruktur & Lalulintas
2. Jawatankuasa Kecil Kewangan
3. Jawatankuasa Task Force Suasa Effektif
4. Jawatankuasa Kecil Pelaburan dan Penswastaan

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Ahli Majlis MPKJ Zon 8 - En. Zulfikar Ali Ariffin melalui setiausaha Ahli Majlis telah memberikan kebenaran untuk menggunakan kawasan mesyuarat pejabat Ahli Majlis MPKJ Zon 8 di alamat spt berikut : -

C-27-1A
Jln Prima Saujana 2
Prima Saujana Business Centre
43000 Kajang
Tel/Faks : 03 8739 3114

Contact person :
Setiausaha Ahli Majlis
En. Kamaruzaman Abdul Ghani
019-3507903
email : kamarul1948@gmail.com

Contact Ahli Majlis MPKJ zon 8
En. Zulfikar Ali b. Ariffin
013-984 6606
email : zulfikaraliariffin@gmail.com

Jika ada keperluan penggunaan tempat tersebut, sila majukan permohonan 2 minggu sebelum tarikh penggunaan kepada setiausaha ahli majlis spt di atas.

21 January 2011

Komuniti berpagar wajib patuhi garis panduan baru

Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my
Kementerian mahu kewujudan tersusun, tingkat keberkesanan

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa serta-merta, semua penubuhan komuniti berpagar dan kejiranan berpengawal di seluruh negara diwajibkan mematuhi garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya kewujudannya lebih tersusun dan meningkatkan keberkesanannya.
Antara garis panduan untuk komuniti berpagar ialah pengawal keselamatan mesti ditempatkan 24 jam, manakala ketinggian pagar ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Komuniti berpagar biasanya disediakan oleh pemaju yang jalan dan kemudahan dalam kawasan berkenaan memiliki hak milik strata serta lebih mudah diurus.
Kejiranan berpengawal pula ialah program usaha bersama penduduk dengan mengupah pengawal keselamatan mengawal sekeliling selepas sijil layak menduduki dikeluarkan dan penghuni berpindah masuk ke skim perumahan. Antara garis panduan yang perlu dipatuhi ialah jalan dan kemudahan dalam kawasan berkenaan adalah hak awam dan orang ramai tidak boleh dihalang memasukinya.

PBT antara lain memberi kebenaran pengawal keselamatan diupah oleh penduduk serta dibenarkan mendirikan bilik pengawal dan palang halangan untuk membolehkan orang ramai melalui kawasan perumahan berkenaan. Bagaimanapun struktur bilik pengawal tidak boleh kekal, sebaliknya dibenar menggunakan kabin atau payung besar tetapi tidak boleh bangunan konkrit.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengumumkan garis panduan itu semalam, berkata skim perumahan yang mahu menubuhkan komuniti berpagar atau kejiranan berpengawal perlu berbincang dengan PBT supaya penubuhannya mematuhi garis panduan.

Beliau berkata, Garis Panduan Perancangan Gated Community dan Guarded Neighbourhood menyatakan bahawa perkara asas berhubung tafsiran, prinsip perancangan, panduan umum serta khusus dan piawaian hendaklah dipatuhi.
“Penduduk perlu kemukakan kepada PBT untuk dipertimbangkan dan ia mesti dipatuhi dan diperincikan satu persatu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan ke-63, di sini semalam.

Muhyiddin berkata, garis panduan itu tidak menyentuh jumlah bayaran yang perlu dibayar setiap penduduk, tetapi menyarankan supaya kadar bayaran mendapat persetujuan semua penduduk.

Beliau berkata, undang-undang kecil juga akan digubal mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) bagi mengawal selia komuniti berpagar dan Akta Hak Milik Strata 1985 kejiranan berpengawal.

BAYARAN PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN

MAKLUMAN

BOLEH DIBUAT MELALUI AM BANK

AM Bank AC No. 1862 0220 02131

SMS ke Bendahari : Redzuan bin Ab. Jalil No. H/P : 019-667 0288

Setelah pembayaran dibuat, sila sms Nama, No. Rumah, Jumlah, Tarikh/Masa
seperti di penyata urusniaga

Bendahari akan merekod & mengeluarkan resit rasmi penerimaan dan resit akan dihantar ke peti surat kediaman tuan/puan.

17 January 2011

myMetro | Ada masih berdegil

myMetro | Ada masih berdegil


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri tidak menafikan terdapat segelintir syarikat keselamatan yang cuba mengaut keuntungan berlebihan dengan menggunakan warga negara asing sebagai pengawal keselamatan, sekali gus menunjukkan syarikat terbabit sengaja melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri, Awang Din Husa berkata, walaupun tindakan tegas sudah dikenakan terhadap syarikat yang menggaji pengawal keselamatan warga asing, tetapi ia dipandang ringan.

“Menyedari hakikat itu, kementerian sudah mengadakan kerjasama dengan agensi berkaitan untuk menangani penggunaan warga asing sebagai pengawal keselamatan, dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas syarikat berkenaan.
“Pada masa sama, kita amat memerlukan kerjasama semua pihak untuk memastikan syarat dan peraturan yang ditetapkan dipatuhi bagi memastikan penggunaan warga asing sebagai pengawal keselamatan dapat ditangani dengan berkesan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai kira-kira 30,000 pendatang asing tanpa izin dikesan sedang bekerja secara haram dalam industri kawalan keselamatan termasuk di kawasan perumahan awam dan sektor perkilangan.

Kebanyakan mereka warga Pakistan, Bangladesh, India, Indonesia dan Myanmar yang dibayar gaji di antara RM400 hingga RM500 serta bekerja 12 jam sehari.
Awang Din berkata, kementerian memandang serius perkara ini kerana kawalan keselamatan dikuasai warga negara asing, sekali gus meletakkan keselamatan orang awam dalam situasi yang tidak selamat.

Katanya, mengikut undang-undang, kerajaan hanya membenarkan warga negara Nepal iaitu bekas tentera untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di negara ini untuk tempoh yang dibenarkan saja.
Mengikut rekod ketika ini, hanya 5,376 warga negara Nepal yang dibenarkan untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di negara ini,” katanya.

Apa komen Anda!!

13 January 2011

Selamat Datang


Salam dan Selamat Sejahtera,

Bagi pihak Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Saujana Fasa 3 (PEPISAU 3)dan semua warga TPS3, Selamat Datang diucapkan ke blog pepisau3.blogspot.com

> Sila mendaftar/follow di ruangan 'Sahabat Kita' bagi membolehkan anda bersama-sama memberikan segala bentuk cadangan/komen kepada perkara2 yang disiarkan & dibincangkan.

> Gunakanlah kemudahan di blog ini untuk menambah-baik apa jua demi kesejahteraan, kesepakatan & kebaikan semua penghuni TPS3.

> Semua penghuni di TPS3 adalah dialu-alukan untuk menyertai semua aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan samada secara rasmi @ tidak untuk kebaikan bersama .Anda juga boleh merancang dan menganjurkan apa-apa aktiviti yang bersesuaian dengan penghuni setempat.  Pihak kami bersedia membantu mana yang termampu.

> Adalah diingatkan supaya anda mematuhi etika-etika dan tatasusila ketika berblog. Sifat saling menghormati sesama pengguna/penghuni dan elakkan dari komen2 yang sensitif, yang menyentuh peribadi, agama dan kenyataan yang tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat kita.

> Bagi yang ingin bersembang, bolehlah menggunakan ruangan 'Gitu Gini..Shout Box' yang terdapat di sebelah kanan bahagian bawah blog ini dengan cara yang berhemah.

> Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas segala kesulitan atau apa jua masalah yang timbul berkaitan dengan maklumat atau komen2 yang disiarkan di blog ini. Pihak Admin & AJK TPS3 berhak untuk memadamkan komen-komen yang tidak sesuai untuk dibincangkan atau pun disiarkan.

> Sekiranya ada perkara2 atau makluman yang hendak disiarkan, sila hantar email ke :  pepisau3@gmail.com atau hubungi AJK berhampiran dengan rumah anda. Semua artikel atau makluman hendaklah disertakan maklumat lengkap seperti nama, alamat, no. tel. dan perkara yang hendak disiarkan dalam bentuk 'softcopy'.

Akhir kata, kami mengucapkan selamat menggunakan blog ini & manfaatkanlah kemudahan ini untuk kebaikan bersama.

Wassalam.