SELAMAT DATANG & WARM WELCOME...Sokong Blog PEPISAU3 dengan mendaftar sebagai 'Sahabat Kita.. Kpd yang telah mendaftar ribuan terima kasih atas sokongan anda : Dari Liew Chen Keong (Pengerusi) & AJK TPS3

13 September 2011

22 June 2011

Gotong Royong Menanam Pokok Ixora


Di jemput semua warga TPS3 sekeluarga untuk bersama-sama menjalankan aktiviti bagi taman kita ini.


Kehadiran dan sokongan semua amatlah dihargai.


Jumpa di sana...

07 June 2011

Kemas Kini 7/6/2011

Senarai AJK Penaja 2011 telah dikemas kini. Sila Klik di Tab AJK Penaja 2011.

Terima Kasih...:)

29 March 2011

Jemputan Malam Ramah Mesra Penduduk TPS3


Semua Penduduk
Taman Pinggiran Saujana 3

Tuan / Puan;

JEMPUTAN MAJLIS RAMAH MESRA 2010/2011 BERSAMA PENDUDUK TPS 3.

Pihak AJK Penaja Persatuan TPS 3 dengan ini menjemput semua penduduk TPS3 ke Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk TPS 3 seperti dibawah : -

Tarikh      :           Sabtu, 02 April 2011

Masa        :           08:00 malam

Tempat    :           Taman Rekreasi TPS 3

Aturcara :-

7:45 malam       :           Pendaftaran & Para Jemputan mengambil tempat
8.15 malam      :           Ucapan Pengerusi Penaja Persatuan TPS
8.30 malam      :           Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Makan Malam
9.00 malam      :           Perbincangan & Mesyuarat Penaja Persatuan Penduduk TPS3 ke-2
bersama penduduk TPS 3 dimulakan.

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan dan dapat mengeratkan lagi semangat kejiranan demi kebaikan bersama.  Sekian Terima Kasih


Yang benar,

( Tuan Hj Ali Mohammad )
Pengerusi Penaja PEPISAU3

28 February 2011

Projek Pengindahan & keselamatan TPS3

Penduduk2 TPS3 dijemput bersama2 AJK TPS3 menanam pokok Ixora yang akan ditanam buat permulan mulai tepi rumah En. Khalifah hingga ke pondok pengawal keselamatan.

Kerja-kerja yang dirancang adalah seperti berikut : -

A. Aktiviti awal : Minggu 1
     - Menggali lubang disepanjang sempadan sebagai persediaan menanam pokok.

B. Minggu 1 & 2
     Memasang, menyimen besi (Angle Iron) ketinggian 3.5 kaki untuk setiap 7 kaki sepanjang tempat  .
     penanaman pokok

C. Minggu 3
     Memasang kawat duri (Barbed wire) hijau sebanyak tiga larian iaitu atas, tengah dan bawah.
     (Dapat menghalang dan mengelak dari pokok2 yang ditanam rosak di pijak oleh orang2 yang menjadikan
     tempat tersebut laluan pintas (short-cut).

D. Minggu 4
     - Memasukkan tanah hitam /tanah bakar di dalam lubang yang telah sedia di gali

     - Menanam pokok2 Ixora di tempat yang telah disediakan.

E. Kerja2 menyiram pokok2 setiap pagi dan petang oleh jiran terdekat @ pihak pengawal keselamatan.

Anggaran kos bagi kerja2 tersebut adalah Rm600 ~ Rm800

Jika ada sesiapa atau syarikat yang ingin menaja (sponsor) pokok, tanah dan alatan hardware (angle iron & kawat duri), sila berhubung dengan AJK terdekat dengan anda.

Segala kerjasama, semangat gotong-royong, komitmen dan sokongan dari semua penduduk amat lah dihargai.

Foto contoh pokok adalah seperti di bawah..

agrobiosolution.blogspot.com

abeamri.blogspot.com

mgonline.com

23 February 2011

Mesyuarat AJK TPS3

Dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK Penaja TPS3 akan di adakan pada ketentuan berikut : -

Tarikh  : 27hb Februari 2011 (Ahad)


Masa   : 9.00 pagi


Lokasi : Wakaf Taman Permainan TPS3 @ Pejabat Ahli Majlis di Prima Saujana. (TBC)

Semua AJK Penaja Persatuan Penduduk TPS3 diwajibkan hadir bagi membincangkan berkenaan mesyuarat Tahunan 2011 bersama penduduk TPS3, keselamatan dan lain2

Kerjasama dari semua amatlah dihargai. Terima Kasih.

21 February 2011

TERIMA KASIH


donnyverdian.net
akudanchoki-choki.blogspot.com


<<<<<<<<TERIMA KASIH>>>>>>>>

Kepada semua yang telah menjayakan mini gotong royong ditaman permainan TPS3 dan gotong-royong kemas semak samun di lereng bukit TPS3

Juga kepada penghuni2 yang telah menyumbang makan-minuman serta kuih-muih.

Syabas anda semua....:)

16 February 2011

MINI GOTONG ROYONG (cegah denggi)

Penduduk TPS 3 akan mengadakan mini gotong royong (cegah denggi) pada ketentuan berikut : -

Hari / Tarikh  :  Sabtu / 19 Februari 2011

Masa            : 8.00 pagi

Aktiviti 1       :  Membersihkan taman permainan TPS3, 
                        - Membuang sampah-sampah
                        - Membersihkan tong sampah yang dipenuhi air dan banyak nyamuk bertelur
                        - Mencantas/mengemaskan pokok2
                       Akan diketuai oleh En. Andrei Tan, Jln PS 2/1B (019 234 3432) &
                       En Shahrul Darwis Jln PS2/1A (012 2222 134)

Aktiviti 2       :  Menebas semak-samun di lereng bukit di hujung Jalan 2/1C
                        (bersebelahan rumah En. Badrilshah) 
                        Akan diketuai oleh En. Yusman (013 3936572) & En. Badrilshah (017 670 1145)  

Sila bawa peralatan kerja bersama. 

Besarlah harapan kami jika tuan2 dapat bersama-sama membantu didalam aktiviti murni ini untuk kebaikan & kesepakatan bersama.

Harap maklum dan war-warkan kepada jiran2 anda mengenai aktiviti ini.  Terima Kasih.                

Keluarga mangsa mahu saman

Harian Metro 16/2

SUNGAI PETANI: Keluarga pelajar tahun satu yang maut selepas tercampak keluar dari van dinaikinya ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi kelmarin akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemandu dan pemilik van berkenaan.
Ibu mangsa, M Inbarasi, 28, berkata dia dan keluarga akan berbincang dengan peguam mengenai tindakan bakal diambil terhadap pemandu serta pemilik van berkenaan selepas selesai upacara pengebumian anaknya, M Arvin, 7.

Katanya, keluarganya memang tidak berpuas hati terhadap pemandu van berkenaan kerana cuai sehingga menyebabkan anaknya yang belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Mahajohti tercampak keluar dari kenderaan itu ketika dalam perjalanan ke sekolah.

10,000 bas,van sekolah haram

Harian Metro

KUALA LUMPUR: Ramai pelajar yang menggunakan khidmat pengusaha bas dan van sekolah haram berdepan dengan risiko apabila Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung (PPBSS) menganggarkan terdapat lebih 10,000 pengusaha haram berkenaan beroperasi di negara ini.
Timbalan Pengerusinya, Mohd Rofik Mohd Yusoff berkata, isu pengusaha bas atau van sekolah yang beroperasi secara haram bukan perkara baru dan sudah berlarutan sejak 10 hingga 15 tahun lalu. “Kami menganggarkan terdapat lebih 10,000 pengusaha haram malangnya terdapat banyak kelemahan untuk menanganinya,” katanya. Menurut Mohd Rofik, apa yang menyedihkan adalah sikap ibu bapa sendiri yang mengambil mudah menggunakan perkhidmatan daripada pengusaha haram itu tanpa memikirkan kesannya kepada anak.

“Ibu bapa tolong prihatin dengan keselamatan anak. Bas sekolah mempunyai permit dijamin keselamatan kerana menjalani pemeriksaan kenderaan secara teratur selain penumpangnya mendapat perlindungan insuran.
“Tindakan memastikan bas selamat dipandu ini penting bagi keselamatan anak sendiri sekali gus mengelak sebarang masalah terutama membabitkan kemalangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.