SELAMAT DATANG & WARM WELCOME...Sokong Blog PEPISAU3 dengan mendaftar sebagai 'Sahabat Kita.. Kpd yang telah mendaftar ribuan terima kasih atas sokongan anda : Dari Liew Chen Keong (Pengerusi) & AJK TPS3

28 February 2011

Projek Pengindahan & keselamatan TPS3

Penduduk2 TPS3 dijemput bersama2 AJK TPS3 menanam pokok Ixora yang akan ditanam buat permulan mulai tepi rumah En. Khalifah hingga ke pondok pengawal keselamatan.

Kerja-kerja yang dirancang adalah seperti berikut : -

A. Aktiviti awal : Minggu 1
     - Menggali lubang disepanjang sempadan sebagai persediaan menanam pokok.

B. Minggu 1 & 2
     Memasang, menyimen besi (Angle Iron) ketinggian 3.5 kaki untuk setiap 7 kaki sepanjang tempat  .
     penanaman pokok

C. Minggu 3
     Memasang kawat duri (Barbed wire) hijau sebanyak tiga larian iaitu atas, tengah dan bawah.
     (Dapat menghalang dan mengelak dari pokok2 yang ditanam rosak di pijak oleh orang2 yang menjadikan
     tempat tersebut laluan pintas (short-cut).

D. Minggu 4
     - Memasukkan tanah hitam /tanah bakar di dalam lubang yang telah sedia di gali

     - Menanam pokok2 Ixora di tempat yang telah disediakan.

E. Kerja2 menyiram pokok2 setiap pagi dan petang oleh jiran terdekat @ pihak pengawal keselamatan.

Anggaran kos bagi kerja2 tersebut adalah Rm600 ~ Rm800

Jika ada sesiapa atau syarikat yang ingin menaja (sponsor) pokok, tanah dan alatan hardware (angle iron & kawat duri), sila berhubung dengan AJK terdekat dengan anda.

Segala kerjasama, semangat gotong-royong, komitmen dan sokongan dari semua penduduk amat lah dihargai.

Foto contoh pokok adalah seperti di bawah..

agrobiosolution.blogspot.com

abeamri.blogspot.com

mgonline.com

No comments:

Post a Comment