SELAMAT DATANG & WARM WELCOME...Sokong Blog PEPISAU3 dengan mendaftar sebagai 'Sahabat Kita.. Kpd yang telah mendaftar ribuan terima kasih atas sokongan anda : Dari Liew Chen Keong (Pengerusi) & AJK TPS3

29 March 2011

Jemputan Malam Ramah Mesra Penduduk TPS3


Semua Penduduk
Taman Pinggiran Saujana 3

Tuan / Puan;

JEMPUTAN MAJLIS RAMAH MESRA 2010/2011 BERSAMA PENDUDUK TPS 3.

Pihak AJK Penaja Persatuan TPS 3 dengan ini menjemput semua penduduk TPS3 ke Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk TPS 3 seperti dibawah : -

Tarikh      :           Sabtu, 02 April 2011

Masa        :           08:00 malam

Tempat    :           Taman Rekreasi TPS 3

Aturcara :-

7:45 malam       :           Pendaftaran & Para Jemputan mengambil tempat
8.15 malam      :           Ucapan Pengerusi Penaja Persatuan TPS
8.30 malam      :           Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Makan Malam
9.00 malam      :           Perbincangan & Mesyuarat Penaja Persatuan Penduduk TPS3 ke-2
bersama penduduk TPS 3 dimulakan.

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan dan dapat mengeratkan lagi semangat kejiranan demi kebaikan bersama.  Sekian Terima Kasih


Yang benar,

( Tuan Hj Ali Mohammad )
Pengerusi Penaja PEPISAU3

2 comments:

  1. kekdg kita ni dok cbuk nak urus benda lain yg tidaklah membahayakan sgt.. longkanglh, pak guardlh, tnm bungalh.. smuanya mmg la bgus.. bkn nak mencari kelemahan ajk. tp rasanaya benda yg spttnya di titik beratkan terabai begitu jer.. cthnya, anjing2 belaan jiran atau anjing2 liar yg berkeliaran.. knp tidak ada jalan keluar dan tidak diambil berat. sedangkan anjing2 ni blh membahayakan ank2 kita. bkn nak bersikap perkauman, tp jiran cina haruslah bersikap resional utk jiran islam. anjing tidak blh sesekali utk org islam, so spptnya memahami. anjing2 ni, bkn takat berkeliaran menakutkan kami org melayu, berak kencing merata jangan citerlah.. tayar kereta sllu jd mangsa air kencingnya.. utk pengetahuan pemilik anjing, posman yg bertugas taman kita ni sllu jer kena kejar dengan binatang ni.. so harap la ajk dapat melihat masalah ini dengan keterbukaan hati, rasanya masalah ni dh lama tp mybe x de ajk yg brani nak berckp pasal anjing2 ni, ada lesen ke tidak pun x tau.. persoalan sensitif mungkin..

    ReplyDelete
  2. Salam dan Salam Sejahtera, Utk makluman, pihak MPKj ada datang menangkap Anjing tidak bertuan terutamanya belakang rumah saya Jln 2/1C pada tahun lepas 2010 dan dpt menangkap beberapa ekor. Selepas itu, tiada lagi anjing tidak bertuan dan beberapa minggu selepas itu anjing dah semakin banyak. AJK akan maju semula aduan ini kepada ahli majlis dan MPKj utk tindakan susulan. Berkenaan anjing bertuan ini mungkin pihak kami terlepas pandang, saya akan mengesyorkan dalam mesyuarat terdekat ini utk berjumpa owner utk kita selesaikan masalah ini. TK juga kepada penyumpang komen dan kami mengalu-alukan komen dan pihak residen boleh berhubung terus kpd AJK spt dlm BULETIN yg lepas.

    ReplyDelete