SELAMAT DATANG & WARM WELCOME...Sokong Blog PEPISAU3 dengan mendaftar sebagai 'Sahabat Kita.. Kpd yang telah mendaftar ribuan terima kasih atas sokongan anda : Dari Liew Chen Keong (Pengerusi) & AJK TPS3

16 February 2011

10,000 bas,van sekolah haram

Harian Metro

KUALA LUMPUR: Ramai pelajar yang menggunakan khidmat pengusaha bas dan van sekolah haram berdepan dengan risiko apabila Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung (PPBSS) menganggarkan terdapat lebih 10,000 pengusaha haram berkenaan beroperasi di negara ini.
Timbalan Pengerusinya, Mohd Rofik Mohd Yusoff berkata, isu pengusaha bas atau van sekolah yang beroperasi secara haram bukan perkara baru dan sudah berlarutan sejak 10 hingga 15 tahun lalu. “Kami menganggarkan terdapat lebih 10,000 pengusaha haram malangnya terdapat banyak kelemahan untuk menanganinya,” katanya. Menurut Mohd Rofik, apa yang menyedihkan adalah sikap ibu bapa sendiri yang mengambil mudah menggunakan perkhidmatan daripada pengusaha haram itu tanpa memikirkan kesannya kepada anak.

“Ibu bapa tolong prihatin dengan keselamatan anak. Bas sekolah mempunyai permit dijamin keselamatan kerana menjalani pemeriksaan kenderaan secara teratur selain penumpangnya mendapat perlindungan insuran.
“Tindakan memastikan bas selamat dipandu ini penting bagi keselamatan anak sendiri sekali gus mengelak sebarang masalah terutama membabitkan kemalangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

No comments:

Post a Comment